Setelah aku berpaling dari jalan-Mu
Sunyi…
Kosong...
Itulah dua perkataan yang dapat kuungkapkan, yang menggambarkan keadaan diriku pada malam ini. Walaupun lambakan tugasan kuliah menanti untuk disiapkan, namun hati ini tidak menginginkannya, seperti ada perkara lain yang menanti.
Hatiku sangat sunyi, sayu, kosong dan rindu, rindu pada perjuangan dakwah yang selama ini dilalui dengan penuh semangat dan ketabahan, rindu pada sahabat-sahabat yang selama ini memberi dorongan pada diriku tanpa kusedari.
Rindu pada kesibukan dakwah sehingga tiada masa lapang yang tinggal, rindu pada pesanan-pesanan dan nasihat untuk diri ini yang sentiasa dan amat lemah, rindu untuk meneruskan perjuangan Allah dan Rasul-Nya
~~~ @>---- ~~~
"Assalammualaikum wbt enti. Maaf, ana rasa ana dah tak mampu lagi nak teruskan perjuangan dalam kerja dakwah. Ana betul-betul sudah tidak larat enti.
Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.
Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat sementara waktu ni.
Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan enti.
Wassalam”
Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.
Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat sementara waktu ni.
Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan enti.
Wassalam”
Pantas sahaja tanganku menaip sms khas buat murabiyyahku.
Ya Allah, betulkah tindakanku ini?
Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah.
Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu
dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwah
yang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.
Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah.
Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu
dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwah
yang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.
Hatiku menjadi semakin tenang dan lega kerana segala bebanan yang selama ini bersarang di hati, telah kuluahkan. Aku telah berterus-terang dan aku merasakan bahawa inilah hak yang patut aku dapat. Aku mula merancang perjalanan hidupku di dunia yang baru kelak, pasti banyak dapat aku lakukan kerana tiada sudah pembahagian masa yang perlu aku buat untuk jalan dakwah. Tambahan pula, sekarang waktu cuti, jadi aku mempunyai masa untuk mengatur semula hidupku apabila bermulanya musim kuliah nanti. Aku bertekad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kelak.
Tetapi, aku berfikir sejenak, macam mana dengan pengisian rohaniku?
Makanan rohaniku?
Makanan rohaniku?
Ah, tak payah fikir. Pergi sahaja ke masjid, dengar ceramah, pergi ke kelas-kelas agama, kekalkan amalan harian yang sama selama ini dilakukan.
InsyaAllah kau masih mampu bertahan.
InsyaAllah kau masih mampu bertahan.
Inilah kata hatiku yang kukira sudah tepat dengan diriku. Namun, aku ingatkan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan di tengah hari. Puas aku menangis kerana perancangan hidupku gagal, namun rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik.
Masuk sahaja semester baru di universiti, aku tutup kisah lama. Aku simpan rapi di dalam laci yang berkunci. Aku mula melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di universiti. Semua yang aku ingin cuba semasa berada di jalan dakwah dulu, aku lakukan sekarang. Aku rasa puas kerana impianku tercapai. Banyak sijil dan penghargaan telah kuterima di atas penglibatanku.
Perhubungan antara lelaki dan perempuan, yang cukup aku jaga dahulu, hilang entah ke mana. Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini.
Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Alhamdulillah, imej seorang muslimah masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.
Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri.
Malam itu aku menangis sepenuh hati, menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya. Seoarang muallaf, kenalanku semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu, menelefonku. Memang tepat pada waktunya, dia bertanyakan keadaanku.
Bagaimana.. adakah jalan tarbiyah masih menjadi laluan?
Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?
Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menangis semahu-mahunya dan menceritakan apa yang telah kulalui selama ini. Aku mengadu padanya kerana aku tahu, hanya dialah sahabat yang Allah telah pilih untuk membantuku dan dialah yang Allah pilih untuk menjadi laluan kepadaku berpatah semula di jalan dakwah ini.
~~~ @>---- ~~~
Bermula episod malam itu, aku tutup semua kisah hidupku semasa aku tersasar dari landasan dakwah ini. Aku bina hidup baru dengan harapan baru dan sinar cahaya Islam yang semakin bersinar.
Aku bangkit kembali daripada kejatuhan
dan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi.
Aku mahu terus berdiri
dan berlari dalam memperjuangkan Islam.
Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku
dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini.
Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku
dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan.
"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)
Nukilan editor :
"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat." iskethaykal
Glosari kata (Bahasa Arab) :
enti : awak (perempuan)
ana : saya
mufaraqah : keluar/berpisah
0 komentar:
Posting Komentar