Bila Al-Quran Mula Bersuara

on Jumat, 27 Maret 2009

Bila Al-Quran Mula Bersuara


Waktu engkau masih kanak-kanak,kau laksana kawan sejatiku dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari.Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang,engkau telah dewasa…Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.. Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.Waktupun cepat berlalu………

al-quran


Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…kubur yang setia menunggu mu…Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali… Baca dan pelajari lagi Aku…Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu.Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

al

Buta Mata Tidak Bererti Buta Hati

Buta Mata Tidak Bererti Buta Hati
Nawawi Dusuki



"Marhaban biman 'atabani rabbi," demikian ucapan Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali baginda bertemu orang itu.

Ucapan demikian khusus kepadanya sahaja dan tidak baginda lakukan demikian pada para sahabat.

Ucapan "selamat datang untuk orang yang olehnya aku mendapat teguran ALLAH," terjadi satu peristiwa yang berlaku ketika Nabi masih berada di Mekah dan dakwah Islam baginda menerima gangguan terus-menerus. Nabi Muhammad s.a.w. sedang melakukan dakwah kepada beberapa tokoh-tokoh Quraisy agar mereka memeluk Islam di antaranya adalah Abu Jahal dan Atabah bin Rabi`ah; pemuka golongan Musyrik.

Tiba-tiba datang seorang buta bernama Ibnu Ummi Maktum. Ia mendekati orang ramai yang berada di situ lalu berkata kepada Nabi:

"Ajarkan padaku ,ya Rasulullah apa yang diajarkan Allah kepada engkau."


Nabi tidak mengindahkannya. Rupanya baginda lebih mengharapkan tokoh-tokoh Quraisy itu dahulu sehingga tidak memberi perhatian kepada si buta tersebut. Kerana jika mereka masuk Islam, tentu ramai yang lain akan mengikutnya,demikian yang terfikirkan oleh Nabi ketika itu.

Sikap baginda itu tidak dibenarkan Allah. Allah s.a.w. dengan segera menegur kepada Nabi dengan menurunkan ayat dan menghendaki Nabi merubah sikap baginda.

"(Muhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana orang buta datang kepadanya. Barangkali, siapa tahu, beliau ingin membersihkan jiwanya. Atau ingin mendapat pelajaran bermanfaat (untuk dirinya). Adapun orang yang merasa dirinya kaya itu, engkau datang menghadapinya.Tidak ada (celaan) pada engkau bila beliau tidak membersihkan jiwanya. Orang yang datang pada engkau dengan kesanggupan usahanya,sedang beliau takut pada Allah, maka engkau tidak mempedulikannya. Sekali-kali tidak(begitu hendaknya)! Sesungguhnya (ajaran-ajaran Allah) itu adalah suatu peringatan."


Demikian ayat teguran Allah kepada Nabi yang di sebut dalam al-Quran, surah Abasa. Ayat ini telah menyedarkan Nabi dan baginda bertemu akan si buta itu dan Nabi s.a.w. ucapkan "marhaban biman atabani rabbi".

Padanya juga baginda ajarkan agama Islam seperti para sahabat yang lainnya. Pada suatu hari Jibrail datang mengunjungi Rasulullah s.a.w. ,sedangkan Ibnu Ummi Maktum berada dekat baginda.

"Sejak bila engkau tidak melihat," demikian ditanyakan padanya.

"Sejak saya masih kecil," jawabnya.

Lalu disampaikan kepadanya Hadits Qudsy. "

Bila Aku (ALLAH) ambil apa yang dimuliakan dari hamba-KU,gantinya nanti ialah Syurga (kalau beliau sabar)."

Di waktu lain pula ketika baginda hendak ke medan perang, Ibnu Ummi Maktum diangkat baginda sebagai Gabenor Tentera Madinah.

Semasa dalam pimpinannya itu, ketika solat Jumaat beliau sendiri yang membaca khutbah. Demikianlah beliau mendapat penghargaan dan Allah sudah menghargainya. Namun demikian Ibnu Ummi Maktum sedar akan dirinya dan beliau tidak lupa daratan atau menyombong diri. Sewaktu beliau berkhutbah jumaat, beliau tidak mahu menaiki mimbar yang selalu dipakai Nabi. Cukup dgn beliau berdiri di samping mimbar itu. Tetapi kerjanya sebagai muazzin adalah yang paling disukainya.

Nabi mempunyai muazzin yang lain iaitu Bilal. Kerana itu, Baginda telah memberi ketentuan waktu masing-masing.

"Bilal azan di waktu malam,maka makan dan minumlah kamu(untuk puasa) sehingga tiba giliran Ibnu Ummi Maktum (azan subuh)," perintah Nabi kepada kedua mereka.

Teguran Allah kepada Nabi sewajarnya menjadi peringatan kita bahawa orang cacat,miskin, atau orang kecil sekalipun jangan diabaikan kerana mungkin mereka juga kuat beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka sedia berkorban pada agama Islam. Sesungguhnya kejadian ini dijadikan teladan yang baik hendaknya bagi kita umat Nabi Muhammad s.a.w.


* Sumber: Buku "Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w." karangan Nawawi Dusuki.

Keagungan-Nya

Keagungan-Nya
jejakasepi91


Lihatlah wahai temanku
Bumi yang luas terbendang yang penuh warna-warni

Lihatlah wahai temanku
Langit yang penuh dengan hiasan keajaiban
Semua itu adalah dicipta dari NYA
Untuk tatapan kita sekalian ummat
Tanda kasih NYA kepada kita



Tapi ...
Apakah kita pernah bersyukur
Dengan pemberian NYA yang agung itu

Tanya diri kita…
Kini segelintir dari insan seagama kita leka
Dan sanggup menyekutui Tuhan yang ESA
Iaitu pencipta Agung
Mereka tidak sedar bahawa mereka juga
Diciptakan oleh Allah Maha Pencipta
Dimana silapnya?
Tepuk dada
Tanyalah minda siapa kita…
Dengan itu bersyukurlah wahai sahabatku
Agar dirimu terhindar dari Laknatullah

Lihatlah langit wahai sahabatku
Apakah kita pernah terfikir
Betapa agungnya ciptaan Tuhan yang ESA itu
Dengan menciptakan keindahan cakerawala
Yang tersirat indahnya dimata setiap insan

Lihatlah ...!
Lihatlah betapa sayangnya robbul jalil kepada kita
Dicipta NYA setiap keperluan kita ummat manusia
Dengan itu mengapa masih lagi ada insan yang ego ?
Apakah kita merasa kita lebih perkasa ?
Apakah kita merasa kita lebih hebat ?
Apakah kita merasa kita lebih agung ?
Apakah kita merasa kita lebih kaya ?
Dan ...
Apakah kita merasa kita lebih berkuasa atas sesuatu ?
Apakah kita merasa kita lebih mengetahui tentang hidup kita lebih dari pengetahuan-Nya?

Ingatlah...
Ingatlah wahai semua ...
Yang lebih itu hanyalah Tuhan yang satu iaitu Allah
Yang lebih Maha Mengetahui itu hanyalah Dia
Hilangkanlah kesombongan yang merasuk jiwamu
Hilangkanlah keegoan yang meracun hatimu
Kerana semua itu hanya membuat dirimu dimurkai
Hiasilah dirimu dengan kebesaran Ilahi
Sesungguhnya kita amat kerdil disisi-NYA

Dan sesungguhnya
Sebaik-baik ummat adalah mereka yang sentiasa
Mengingati-NYA

Adakah Kau Lupa??

Adakah Kau Lupa??





Terkenang saat pertama mengenali jalan ini. Memang diciptakan Allah jalan ini dengan sifatnya yang berliku-liku. Payah rasanya menahan pedih melawan hawa nafsu yang memuncak-muncak. Tambahan lagi dengan darah muda yang masih panas ini. Namun, suatu ketika dahulu telah dibuktikan bahawa remaja-remaja muslim berjaya. Bukan sahaja dari segi kekuatan fizikalnya, namun juga dari segi pemikiran. Hasilnya, lahirlah tokoh-tokoh Islam yang dikenali sehingga hari ini:

1. Saidina Ali r.a.
2. Salahuddin Al-Ayyubi
3. Zaid bin Harithah
4. Tariq bin Zaid
5. Usamah bin Abu Jahal

MasyaAllah, semuanya mantap-mantap belaka agama mereka. Ingin sekali diikuti jejak langkah mereka. Namun di antara tokoh-tokoh tersebut, Salahuddin Al-Ayyubi merupakan tokoh yang ingin sekali dicontohi.

Siapakah Salahuddin ini? Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorang pun yang menyangka sebelum dia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib, bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Tiada siapa yang menyangka pencapaiannya sedemikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang gabenor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satu pun tanda-tanda bahawa dia akan menjadi orang yang hebat pada masa depan. Akan tetapi dia menunjukkan akhlak yang mulia. Walau bagaimanapun, Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung. Ketika dia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syiah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat hati dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216).

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia tiba-tiba berubah. Dia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menulis dalam catatannya bahawa,sebaik sahaja Salahuddin menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya telah lenyap daripada pandangan matanya, dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah dia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan dia meneruskan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu, dia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Semangat Jihadnya yang tinggi menyebabkan fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemrinya. Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuatkan pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini, dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat ,dia telah memulakan jihad melawan tentera salib, dia akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Dia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Dia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika dia mengepung Acre dia hanya minum, itu pun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari jumaat hingga isnin kerana dia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu, (Bahauddin, 1234).



Peperangan Hittin, satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 RabiulAkhir, 583H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahawa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole telah menulis, bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika, setelah khemahnya didirikan, dia memerintahkan agar tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian dia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika, dia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika dia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela ke atas Muhammad saw". Lalu dia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal daripada khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, dia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi". Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bahawa, bila jamaah haji dari pada Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelamatkan kamu". Ketika dia mendengar berita ini dia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila dia dapat menangkapnya.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukit pun akan mengecut daripada bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab (583H), iaitu pada hari Isra Mi'raj, Salahuddin telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw naik ke langit. Dalam catatan Bahauddin, dia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri daripada ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan dengan gembiranya atas kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit.

Selepas 90 tahun, kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di Dome of Rock telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu. Salahuddin yang mempunyai sifat penyayang dan belas kasihan semasa peperangan, ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam.
Dia telah menulis bahawa Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlak ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.

Para tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik. Semua jalan keluar masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menulis, bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, Adikku telah membuat infak, Paderi besar pun telah menderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam.

Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka. Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan-jalan itu tersumbat dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasib baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menulis bahawa, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dia adalah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya, bahkan mungkin di sepanjang zaman. Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian dia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian.



Maka bantuan daripada Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang daripada dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu. Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga. Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama lima tahun.

Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apa pun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walaubagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu, tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan mereka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja.

Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192. Lane-Poole juga menulis bahawa didalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura'. Dia mempunyai majlis syura (musyawarah) yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat dan tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendek kata, semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin Pada hari Rabu, 27 Safar (589H), pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas dia jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang wara' telah diminta untuk menemani Salahuddin di Istana supaya jika dia nazak, bacaan al-Quran dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak tiga hari yang lepas membacakan al-Quran. Dalam masa ini, Salahuddin selalu pengsan dan sedar sebentar.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan dengan nada yang gembira dia berkata, "Memang benar". Selepas dia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini, ialah sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan bahawa, Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk menguruskan pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung perbelanjaan pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh ssalah eorang menterinya.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewara'kan Salahuddin. Satu hari dia berkata bahawa, dia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Dia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya dia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, dia sentiasa mengerjakan sembahyang sunat malam. Jika disebabkan hal tertentu dia tidak dapat sembahyang malam, dia akan menunaikannya ketika hampir subuh.


Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana dia telah tersangat lemah dan selalu pengsan. Tetapi dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Dia tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Dia tidak meninggalkan harta selain itu.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun dia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu dia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera dia membayar fidyah. Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Dia sangat gemar mendengar bacaan al-Quran. Dalam medan peperangan, acap kali dia duduk mendegar bacaan al-Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinangan. Dalam peperangan kadang-kadang dia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepongan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, bahawa "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya dia berehat tetapi jawapannya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh aku pun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati dia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu dia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku menjawab, hari ini hari jumaat, engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu.

Aku pernah membaca hadis, doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajatlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini." Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitis ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir.

Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari pagi isnin. Sesiapa yang rapat dengan Salahuddin akan mengatakan bahawa dia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun.

Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan dia telah meluangkan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari isnin dan selasa. Pada masa ini dia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Dia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkannya untuk dituliskan oleh jurutulis untuk tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Dia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi dia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama dia sentiasa bertasbih kepada Allah. Jika ada orang membuat aduan, dia akan mendengar dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya.

Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Lalu dengan segera dia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan, dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, dia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain. Dia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Dia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, dia tidak pernah memarahi sehingga menjatuhkan air muka mereka.

Pada suatu ketika dia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Dia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Dia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Selain itu, ketika yang lain dia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu dia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan dia belum benar-benar sihat, dia merasa kesejukan tetapi dia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.



Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika dia telah berjaya menawan bandar Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati dia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika, dia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika Salahuddin tahu, dia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "dia mengatakan dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya, tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tetamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan dia menyambutnya dengan tangan terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja Inggeris itu sakit. Hatinya memang sangat lembut hingga dia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan.

Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri daripada khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan bahawa dia telah dimaklumkan, hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu dia pun turut menangis. Dia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah ditemui dan dibawa kembali lalu dengan rasa gembira, perempuan Kristian itu mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat belas kasihan kepada anak-anak yatim. Bila dia terjumpa anak-anak yatim dia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang dia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Dia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila dia bertemu dengan orang sedemikian.

Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidapi penyakit, yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, dia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana dia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda". Miskipun , dia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi tetap pergi memburu musuh sepanjang malam.

"Apabila dia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. dia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, dia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Dia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersama-sama sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Dia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam". Di dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.

Kadang-kadang dia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang dia sendiri akan pergi merempuh dicelah-celah tentera musuh yang sedang mara. Dia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan, satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa dia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang.

Apabila mendengar perkara ini, dia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya. Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam beberapa ketika, tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah dia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih daripada 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin.

Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran daripada musuh telah menyebabkan tentera Islam jadi kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan bahawa, betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beritahu padamu apa yang ada dalam hatiku. "Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tidak akan meletakkan senjataku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai."

Sebagai ulama, Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurd. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat daripada kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping itu, dia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menulis, bahawa Salahuddin berpengetahuan luas dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.




Rujukan : Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155 Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99.

Setelah aku berpaling dari jalan-Mu

Setelah aku berpaling dari jalan-Mu





Sunyi…
Kosong...

Itulah dua perkataan yang dapat kuungkapkan, yang menggambarkan keadaan diriku pada malam ini. Walaupun lambakan tugasan kuliah menanti untuk disiapkan, namun hati ini tidak menginginkannya, seperti ada perkara lain yang menanti.

Hatiku sangat sunyi, sayu, kosong dan rindu, rindu pada perjuangan dakwah yang selama ini dilalui dengan penuh semangat dan ketabahan, rindu pada sahabat-sahabat yang selama ini memberi dorongan pada diriku tanpa kusedari.

Rindu pada kesibukan dakwah sehingga tiada masa lapang yang tinggal, rindu pada pesanan-pesanan dan nasihat untuk diri ini yang sentiasa dan amat lemah, rindu untuk meneruskan perjuangan Allah dan Rasul-Nya


~~~ @>---- ~~~


"Assalammualaikum wbt enti. Maaf, ana rasa ana dah tak mampu lagi nak teruskan perjuangan dalam kerja dakwah. Ana betul-betul sudah tidak larat enti.
Ana sudah tidak mampu untuk berkorban masa dan tenaga ana untuk dakwah.
Ana nak mufaraqah, ana harap enti tak akan telefon ana buat sementara waktu ni.
Ana belum bersedia untuk berhadapan dengan enti.
Wassalam”


Pantas sahaja tanganku menaip sms khas buat murabiyyahku.

Ya Allah, betulkah tindakanku ini?
Tetapi, aku tidak sanggup lagi Ya Allah.
Aku tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan-Mu
dan penuh tekad aku mufaraqah dari jalan dakwah
yang menjadi sunnah perjuangan Rasulullah SAW.


Hatiku menjadi semakin tenang dan lega kerana segala bebanan yang selama ini bersarang di hati, telah kuluahkan. Aku telah berterus-terang dan aku merasakan bahawa inilah hak yang patut aku dapat. Aku mula merancang perjalanan hidupku di dunia yang baru kelak, pasti banyak dapat aku lakukan kerana tiada sudah pembahagian masa yang perlu aku buat untuk jalan dakwah. Tambahan pula, sekarang waktu cuti, jadi aku mempunyai masa untuk mengatur semula hidupku apabila bermulanya musim kuliah nanti. Aku bertekad untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti kelak.

Tetapi, aku berfikir sejenak, macam mana dengan pengisian rohaniku?
Makanan rohaniku?


Ah, tak payah fikir. Pergi sahaja ke masjid, dengar ceramah, pergi ke kelas-kelas agama, kekalkan amalan harian yang sama selama ini dilakukan.
InsyaAllah kau masih mampu bertahan.


Inilah kata hatiku yang kukira sudah tepat dengan diriku. Namun, aku ingatkan panas sampai ke petang, namun rupanya hujan di tengah hari. Puas aku menangis kerana perancangan hidupku gagal, namun rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang sangat indah dan cantik.

Masuk sahaja semester baru di universiti, aku tutup kisah lama. Aku simpan rapi di dalam laci yang berkunci. Aku mula melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di universiti. Semua yang aku ingin cuba semasa berada di jalan dakwah dulu, aku lakukan sekarang. Aku rasa puas kerana impianku tercapai. Banyak sijil dan penghargaan telah kuterima di atas penglibatanku.

Perhubungan antara lelaki dan perempuan
, yang cukup aku jaga dahulu, hilang entah ke mana. Kalau kiranya aku dapat melihat catatan malaikat Raqib dan Atid, pasti catatan di sebelah kiriku semakin hari semakin banyak. Banyak dosa telah aku himpunkan, namun satu perkataan taubat pun tidak aku pohon daripada-Nya. Mungkin kerana keseronokan hidup yang aku alami sekarang dan juga kepuasan diri yang aku idam-idamkan selama ini.

Namun, sebenarnya, rasa puas itu hanya terpamer di riak wajah sahaja kerana, saban hari aku mula lalai dengan hidupku, lalai dengan dunia yang menjanjikan keseronokan yang palsu. Dalam seminggu, hanya 1 atau 2 ceramah atau kuliah di masjid yang aku hadiri, itupun kalau aku teringin nak pergi. Nak menjaga amalan harian pula sangatlah susah. Aku mula menjauhkan diri dari melakukan solat dhuha, kemudian, bacaan mathuratku, tahajudku, istighfarku dan paling menyedihkanku ialah bacaan al-Quranku. Entah ke mana perginya. Alhamdulillah, imej seorang muslimah masih aku kekalkan kerana itu sudah sebati dalam diriku.

Aku mula rasa bosan dengan cara hidupku yang begini. Saban hari aku merungut kerana banyak masa kosong yang tidak terisi. Padahal lambakan tugasan menantiku, sehinggalah pada suatu hari, aku terasa sangat sunyi dan rindu, rindu pelukan dan kasih sayang daripada Allah SWT, rindu pada nikmat-Nya, rahmat-Nya dan buat pertama kalinya aku rindu pada cara hidup Islam yang sebenar. Aku terasa terasing di bumi sendiri.

Malam itu aku menangis sepenuh hati, menangis kerana aku rasa akulah hamba Allah yang paling hina sekali, menangis memohon keampunan daripada Allah dan ketika itulah Allah memberikan hidayahNya. Seoarang muallaf, kenalanku semasa sama-sama belajar di matrikulasi dulu, menelefonku. Memang tepat pada waktunya, dia bertanyakan keadaanku.

Bagaimana.. adakah jalan tarbiyah masih menjadi laluan?
Adakah cara hidup islam itu masih aku amalkan sepenuhnya?


Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku menangis semahu-mahunya dan menceritakan apa yang telah kulalui selama ini. Aku mengadu padanya kerana aku tahu, hanya dialah sahabat yang Allah telah pilih untuk membantuku dan dialah yang Allah pilih untuk menjadi laluan kepadaku berpatah semula di jalan dakwah ini.

~~~ @>---- ~~~


Bermula episod malam itu, aku tutup semua kisah hidupku semasa aku tersasar dari landasan dakwah ini. Aku bina hidup baru dengan harapan baru dan sinar cahaya Islam yang semakin bersinar.

Aku bangkit kembali daripada kejatuhan
dan cukuplah, aku tidak sanggup jatuh lagi.

Aku mahu terus berdiri
dan berlari dalam memperjuangkan Islam.

Aku akan pastikan hidayah Allah adalah milikku
dan aku tidak akan berpaling lagi dari jalan ini.

Jalan yang membawa perubahan ke dalam diriku
dan aku yakin dengan apa yang aku lakukan.

"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad (47:7)


Nukilan editor :
"Sesungguhnya hidayah itu sentiasa berlegar-legar dalam sanubari kita. Genggamlah ia dengan kejap, biar berparut pada hati, biar membekas pada jiwa, biar pelukannya mampu menghantar suara hati hamba-Nya yang sentiasa berharap akan rahmat dan petunjuk di sepanjang perjalanan hidup ini menuju akhirat."
iskethaykal

Glosari kata (Bahasa Arab) :
enti : awak (perempuan)
ana : saya
mufaraqah : keluar/berpisah

As Syahiid Sheikh Ahmad Yassin

As Syahiid Sheikh Ahmad Yassin Kekal di Memori




Sheikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama Al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Beliau telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin,beliau dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, dimana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti Islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke penghujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan Islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat Islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai "Al-Mujahidun Al-Filastiniyyun" pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan "Kataib Syuyukh" yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak menghalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memiliki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO (Palestine Liberation Organization) dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Sheikh Ahmad Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan Islam yang dikenali sebagai HAMAS (Harakah Al Muqawamah Al Islamiyyah ) pada tahun 1987.

HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama "Atfal Hijarah"(Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai "Intifadah". Kesan dari "Intifadah" ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16/10/ 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Sheikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga hilang penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Sheikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh beserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Sheikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Sheikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Sheikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Sheikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat Palestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagai usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Sheikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilamana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Sheikh Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Sheikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Sheikh yang lumpuh itu telah mengorbankan Sheikh Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Walaupun Sheikh Ahmad Yassin telah tiada untuk membangkitkan semangat jihad, namun beliau telah meninggal roh jihadnya buat para pejuang yang cintakan Islam dan mahukan bumi Palestin dibebaskan.



Sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Mahu Berhenti Merokok?

Mahu Berhenti Merokok?



Mulakan berhenti merokok dengan YAKIN DIRI bahawa anda pasti boleh melakukannya. Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.


Langkah 1 BERSIHKAN

Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja.

Langkah 2 BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKAN

Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan.

Langkah 3 LAKUKAN SAHAJA

Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara “ cold turkey “. Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap.

Langkah 4 TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI

Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok.

Langkah 5 BERFIKIRLAH SECARA POSITIF

Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok.

Langkah 6 DAPATKANLAH SOKONGAN

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.

Langkah 7 MELAWAN KEINGINAN MEROKOK

Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiap kali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya.

AMALAN 4M - PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK

MELENGAHKAN-LENGAHKAN
Lengahkan tindakbalas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda ” nanti ” setiap kali anda ingin merokok.

MENARIK NAFAS PANJANG.
Tariklah nafas panjang-panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

MINUM AIR.
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, kerena minuman ini biasanya membuatkan anda lebih teringin merokok seepas minum.

MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada merokok. Contohnya bersiar-siar, makan angin, membaca buku, membuat silangkata, berkebun dan bersenam.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI SEBAIK SAJA ANDA BERHENTI MEROKOK

  • Selepas beberapa jam, sistem peredaran darah akan mulai bersih daripada bahan nikotin.Dalam tempoh 2 hari, hasil sampingan bahan nikotin akan lenyap dari badan.
  • Selapas 6 jam, nadi akan lebih perlahan ke paras yang lebih normal dan tekanan darah akan menurun sedikit. Ini amat baik untuk jantung anda.
  • Selepas 24 jam, karbon monoksida iaitu salah satu jenis gas beracun akan mula lenyap dari tubuh.Ini membolehkan lebih banyak oksigen diserap oleh sel-sel dalam tubuh. Paru-paru akan dapat berfungsi dengan lebih baik.
  • Selepas 2 hari, deria rasa pada lidah akan bertambah baik. Anda akan dapat menikmati kelazatan makanan, lebih dibandingkan semasa anda merokok. Deria menghidu akan pulih seperti sediakala. Gigi, rambut, jari, pakaian dan nafas akan menjadi lebih bersih.
  • Selepas beberapa minggu, silia dalam saluran pernafasan yang berfungsi membersihkan bahan-bahan kotoran seperti habuk, debu dan sebagainya akan kembali pulih dan paru-paru dapat berfungsi dengan lebih baik.
  • Selepas 2 bulan, peredaran darah ke seluruh tubuh terutama ke bahagian periferi seperti jejari tangan dan kaki mejadi lebih efisien.
  • Selepas 3 bulan, kedua-dua lelaki mahupun wanita menjadi lebih subur.
GEJALA ” WITHDRAWAL “ ATAU GIAN

Sekiranya anda ketagih dengan rokok tentunya tubuh anda telah terbiasa dengan nikotin yang mana ketiadaan dalam tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami gian atau gejala “withdrawal”. Gejala fizikal yang berlaku ke atas diri anda merupakan suatu tanda positif bahawa tubuh anda kembali pulih. Gejala-gejala ini akan hilang dalam tempoh 3 hingga 14 hari.

  • Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan anda berfungsi seperti sediakala.
  • Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang lebih berbanding semasa menjadi perokok dahulu.
  • Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.
  • Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.
  • Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja.
  • Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah akan juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah. Sekiranya tidak boleh mengatasi gejala “withdrawal” ini berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan nikotin gantian.

*Artikel ini diambil daripada http://suhaimy.org/kesihatan/cara-berhenti-merokok/

Ayam Rica - rica

Bahan :
1 ekor ayam, potong menjadi 6 - 8 bagian
2 sdm air jeruk nipis
1 sdt garam
50 ml air
5 sdm minyak sayur untuk menumis

BumBU Halus :
100 gr cabe merah
25 gr cabe rawit merah
5 siung bawang putih
6 buah bawang merah
½ sdt terasi
3 sdm jahe cincang
2 buah tomat, potong-potong
garam secukupnya

CARA MEMBUAT :
1. Lumuri ayam dengan air jeruk nipis dan garam, biarkan selama 30 menit supaya meresap. Sisihkan
2. Panaskan minyak, tumis bumbu halus sampai harum dan matang. Masukkan potongan ayam, tuangi air. Masak ayam hingga setengah matang. Angkat. Sisihkan.
3. Panggang ayam di atas bara api sambil sesekali dibalik dan dilumuri bumbu hingga ayam matang dan kering. Angkat.
4. Sajikan selagi hangat dengan nasi putih panas.

WEdang Ronde (Minuman)

Kalau anda sedang berlibur ke Solo atau Jogja banyak kita jumpai tukang wedang ronde keliling. Wedang Ronde ini umumnya dijajajakanmulai sore hingga malan hari. Sangat cocok bila disantap pada malan hari apalagi pas hujan rintik-rintik. Di solo anda bisa menenui wedang ronde yang lezat di daerah Keprabon.

Wedang ronde ini rasanya hangat dan ada bola-bola ketan (kayak bakso) yang berisi kacang yang sudah dilembutkan, kalo digigit rasayanya mak nyoos ..... uenak tenan manis dan pedas (pake jahe dan sereh).

Kalau anda sedang fule (pilek) wedang ronde ini sangat cocok untuk mengurangi ingus dan batuk yang anda derita.

Nah .. sekarang kita bisa nyobain masak sendiri dirumah, caranya silahkan coba bumbu dibawah :

BAHAN :
- 500 gr jahe, kupas, iris tipis-tipis
- 1 kg gula pasir
- gula merah secukupnya (untuk pewarna merah)
- 2 lt air
- 1 btg kayu manis
- 10 cengkeh
- 3 btr kapulaga
- 5 lbr daun jeruk purut
- 5 btg sereh
- 5 lbr pandan

BOLA_BOLA RONDE :
- 100 gr tepung ketan
- 100 gr air hangat
- enting-enting gepuk (kacang yang sudah tumbuk dan diberik gulajawa)

PELENGKAP:
- 100 gr kacang tanah, kupas, sangrai
- 100 gr kolang-kaling, iris tipis, beri pewarna merah, rebus

CARA MEMBUAT:
SIRUP RONDE: Didihkan air, masukkan jahe, gula pasir, kayu manis, cengkih, pandan, daun jeruk purut, sereh dan kapulaga. Rebus hingga airnya menyusut sampai 1,5 lt. Saring. Sisihkan.
BOLA-BOLA RONDE: aduk tepung ketan dengan air hangat hingga dapat dipulung. Bentuk bulat, pipihkan, isi dengan enting-enting kacang, bulatkan kembali. Didihkan air masukkan ronde, masak hingga terapung. itu tanda bila bulatan ronde sudah matang. Angkat. Tiriskan. Masukkan bola bola ketan tersebut ke dalam air jahe agar tidak lengket.
PENYAJIAN: Encerkan sirup ronde secukupnya, tambahkan saja air panas. Sajikan air jahe dengan beberapa bulatan ronde, kolang-kaling dan kacang tanah.

Sate Padang

Sate Padang

sate padang dengan bawang goreng

Bahan:
1 kilogram lidah sapi, celup air panas, kerik, cuci bersih
1½ liter air
1 lembar daun kunyit
2 cm lengkuas, memarkan
4 lembar daun jeruk
1 batang serai, memarkan
3 cm asam kandis
1 sendok teh garam
18 tusuk sate

Campur, aduk rata:
25 gram tepung beras
1 sendok makan tepung sagu

Haluskan:
8 buah cabai merah keriting
1 sendok teh ketumbar bubuk
½ sendok teh lada
¼ sendok teh jinten
6 buah bawang merah
1 sendok teh kari bubuk
2 cm kunyit
2 cm jahe
2 sendok makan minyak goreng

Cara membuat:
Rebus lidah sapi, bumbu halus, kunyit, lengkuas, daun jeruk, serai, asam kandis, garam, masak hingga lidah empuk.

Angkat, tiriskan. Potong lidah ukuran 1 x 2 x 1 cm. Sisihkan airnya.

potongan sate padang
(Gambar 1.1 Potongan lidah sapi yang telah dipotong kecil-kecil untuk Sate padang)

Tusuk setiap 5 potong lidah sapi dengan tusuk sate. Panggang di atas bara api sambil dibalik-balik dan dioles minyak hingga matang dan harum.

Panaskan air kaldu lidah, tambahkan air 500 ml, didihkan masukkan campuran tepung beras dan sagu dan bumbu, aduk rata dan mengental. Angkat.

Sajikan sate bersama saus, potongan ketupat dan taburan bawang merah goreng

sate padang
(Gambar 1.2 Sate padang dengan bumbunya)

Kerajinan Karung Goni yang Unik

on Kamis, 26 Maret 2009

Karung Goni, siapa sangka pembungkus beras ini bisa disulap jadi kerajinan yang sarat akan nilai seni.

Lembaran-lembaran benangnya dengan apik dijalin membentuk objek-objek tertentu sehingga menghasilkan karya yang unik.

Tiga orang warga Jalan Bukit Jarian Ciumbuleuitlah yang mengembangkan kerajinan dari karung goni ini, yaitu Hadi Rahmat, Koko dan Yudha.

Rumah Hadi Rahmat (33) atau Rahmat digunakan sebagai galeri Goni Craft. Untuk sampai ke lokasi galeri ternyata tidak terlalu mudah. Berada di pemukiman penduduk kawasan Jalan Bukit Jarian 4 No 61/165 D.

Di salah satu sudut pemukiman, galeri Goni Craft bisa ditemukan. Beberapa kerajinan goni tampak terpajang di lemari rumah sekaligus galeri tersebut.

Menurut Rahmat, kerajinan ini sudah dimulai sejak empat tahun lalu. Pencetus idenya adalah rekannya Koko, yang juga menjadi seniman pembuatnya.

"Awalnya melihat karung goni yang biasa digunakan sebagai pembungkus beras. Bahan karung goni yang natural, membuat kami tertarik" ujarnya. Maka di bawah naungan Murti Tunggal Art of Living, mereka bertiga mulai menekuni kerajinan dari karung goni ini.

Berbahan baku karung goni, kawat, lem dan tentu saja sentuhan seni menjadi modal utama. Lama waktu yang dibutuhkan untuk membuat satu objek bervariasi. Bahkan, ujar Rahmat, satu objek bisa saja dibuat dalam waktu lima belas menit.

Karung goni dibiarkan seperti seperti tampilan aslinya, dipadukan dengan karung goni yang diurai sehingga berbentuk lembaran-lembaran benang. Setelah itu baru dililitkan mengikuti bentuk objek yang akan dibuat.

Hasilnya membuat takjub. Karung goni ternyata bisa dirangkai menjadi bentuk mobil mercy, motor Harley Davidson, sepeda, boneka, kap lampu, atau patung yang juga berfungsi sebagai tempat ballpoint, dan lain-lain.

Dari sekian banyak objek yang dibuat, mereka lebih banyak memilih tema-tema sosial untuk dibuat kerajinan. Untuk memperlihatkan sebuah realitas yang sudah langka ditemui di kehidupan masyarakat modern.

Rahmat berharap, kerajinan ini bisa memanfaatkan barang-barang yang sudah tidak digunakan. Selain ramah lingkungan, bisa dinikmati sebagai seni yang sekaligus memiliki fungsi.

Harga satu objek pun berbeda-beda, tergantung ukuran dan tingkat kesulitan. Berkisar antara Rp 50 ribu sampai harga jutaan rupiah.

Coffee Machiato



Bahan:

Bahan : Bahan:
- 8gr Coffe Nannini - 8gr Coffe Nannini
- 180ml susu segar - 180ml susu segar
- 45ml syrup vanilla - 45ml sirup vanili
- 10ml caramel syrup - 10ml caramel syrup


Directions: Arah:
Cara membuat: Cara membuat:
- Siapkan sebuah gelas panjang - Siapkan sebuah gelas panjang
- Tuangkan syrup Vanilla, susu segar dan coffee, aduk hingga rata. - Tuangkan syrup Vanilla, susu segar dan kopi, Aduk hingga rata.
- Tuangkan Caramel syrup (syrup Caramel berasal dari gula yang dimasak) - Tuangkan Caramel syrup (syrup Caramel berasal dari gula yang dimasak)
- Siap disajikan dalam keadaan panas - Siap disajikan dalam keadaan panas

Mempassword folder atau direktori

on Minggu, 15 Maret 2009

Bagaimana caranya mempassword folder kita, sehingga tidak bisa dibuka orang lain?, saya mendapatkan sebuah software bernama lockdir.exe, software ini didapatkan dari seorang teman, software ini tergolong sangat unik karena folder kita tidak bisa dibuka orang lain dengan komputer apapun!, saya malah sudah coba dengan Linux Ubuntu, tetap ndak kebuka hehehe, nah lo...


Cara kerjanya yang sangat mudah, tinggal copycan file lockdir.exe kedalam direktori yang ingin di encrypt, setelah itu double click untuk menjalankannya, dan masukkan passwordnya. Folder / direktori tersebut tidak akan bisa digunakan selama passwordnya belum dibuka, semua file dan subfolder yang ada didalam folder tersebut seolah-olah hilang, yang tinggal hanya 1 file lockdir saja.


untuk membukanya kembali juga gampang, tinggal double click kembali file lockdir.exe tersebut dan masukkan passwordnya, anda tertarik?, silahkan download disini ataw disini

Ayam Bakar Madu

on Sabtu, 14 Maret 2009

Ayam Bakar Madu

Bahan:
1 ekor ayam, potong jadi 8 potong

Saus perendam:
2 sdm saus worchestershire
4 sdm madu
8 sdm gula pasir
4 sdm margarin yg sudah dicairkan
4 sdm mustard
2 sdt garam
1 sdt merica
1 sdm saus steak

Cara membuat :
1. Campur semua bahan dalam mangkuk. Rendam ayam selama 1 jam.
2. Oven/ bakar ayam di atas bara api sambil diolesi saus perendam setiap 15 menit

Kota Tua Sawahlunto

on Kamis, 12 Maret 2009

Inilah Kota Sawahlunto, Sumatera Barat. Banyak terdapat gedung-gedung tua peninggalan masa penjajahan Belanda. Seperti menara mesjid Agung Sawahlunto ini. Dulunya menara setinggi 75 meter ini merupakan cerobong uap.

Di pusat kota lama Sawahlunto, yang dahulu di kenal dengan sebutan Belanda Kecil, juga terdapat beberapa bangunan tua dengan arsitek bergaya Belanda dan China, seperti rumah sakit, gedung kesenian, rumah Fak Sin Fek dan gereja.

Perkembangan kota Sawahlunto memang tidak terlepas dari kebijakan ekonomi Kolonial Belanda, yang mengembangkan daerah ini sebagai kawasan penambangan batubara.

Menurut Walikota Sawahlunto, Amran Nur, pihaknya mengembangkan kota Sawahlunto menjadi kota wisata tambang hingga tahun 2020 mendatang.

Ciri lain kota Sawahlunto adalah jalur kereta api. Dahulu kereta api dipakai untuk membawa batu bara, dengan panjang rel sekitar 160 kilometer. Namun, sejak tahun 2000 lalu, kereta api tidak lagi beroperasi, dan rel dipakai untuk kereta wisata.

Kereta wisata ini digerakkan dengan mesin diesel truk, berjalan dari stasiun Sawahlunto menuju Stasiun Muaro Kalaban.

Terowongan yang dibangun tahun 1892 dengan panjang sekitar 800 meter ini juga menjadi ciri khas kota Sawahlunto. Terowongan yang dibuat membelah bukit ini dibangun oleh orang rantai atau orang hukuman. Konon, orang � orang hukuman didatangkan dari Jawa, untuk membangun jalan dan penggali tambang batu bara.

Untuk mengetahui sejarah perkeretaapian, juga terdapat Museum Kereta Api. Berbagai peralatan kereta api, seperti label pabrik, dongkrak rel, sinyal kereta dan alat komunikasi, tersimpan di musium ini.

Kota Sawahlunto diproyeksikan menjadi kota wisata tambang tua di Indonesia, karena penambangan batu bara sudah berkurang. Dengan konsep kota wisata tambang tua yang berbudaya, diharapkan dapat mengalihkan sumber mata pencarian masyarakat, yang semula bertumpu pada industri pertambangan, ke bidang pariwisata.

Kecubung: Obat Rematik Hingga Ketombe

Daun kecubung ternyata punya segudang manfaat pengobatan. Yang jelas, hanya sebagai obat luar. Apa saja?

1. Rematik
Sediakan 14 lembar daun kecubung segar, lalu rajang dan jemur. Bila sudah kering, tambahkan 10 sendok makan minyak kelapa. Simpan selama 3 hari, selanjutnya peras dan pisahkan minyaknya. Setelah itu, hangatkan. Nah, minyak kecubung ini kemudian gosokkan pada bagian yang terkena rematik.

2. Bisul
Ambil 5 lembar daun kecubung, lalu rajang dan tumbuk halus. Setelah itu, tempelkan bubuk kecubung pada bisul agar segera matang.

3. Sakit Pinggang
Ambil 10 lembar daun kecubung, lalu tumbuk bersama kapur sirih hingga halus. Tempelkan pada pinggang yang sakit. Lakukan rutin 2 - 3 kali sehari hingga pinggang kembali normal.

4. Radang Anak Telinga
Sediakan 10 lembar daun kecubung dan 2 sendok makan minyak kelapa. Cuci bersih daun kecubung, lantas giling halus. Remas gilingan daun dengan minyak kelapa yang telah dihangatkan. Peras dan saringlah. Selanjutnya, teteskan minyak perasan tersebut pada anak telinga yang sakit. Lakukan 2 kali sehari, masing-masing 5 tetes.

5. Ketombe
Siapkan 7 lembar daun kecubung kering dan 5 sendok makan minyak kelapa. Masukkan daun kecubung dan minyak kelapa ke dalam botol, lalu tutup. Jemurlah di bawah terik matahari selama seminggu. Selanjutnya, oleskan pada kulit kepala sebanyak 2 kali sehari, pagi dan sore hari. Bisa diulangi beberapa hari hingga ketombe amblas.